Saturday, December 12, 2009

Salam sejahtera,kian lama juga sepi tanpa sebarang berita,bukan apa,cuma ingin melihat sekeliling diri ini apa yang berlaku dan akan berlaku.Selagi kita dinamakan insan selagi itulah kita tidak akan sunyi dari sebarang keresahan dan perasaan ingin meluahkan sesuatu yang terbuku disanubari kita,namun apakah luahan kita ini dapat diterima olih insan lain ataupun harus kita pendamkan saja apa yang terbuku dihati.Namun kadangkala setelah luahan di ucapkan ia umpama satu kepuasan yang selama ini terbuku dan semoga apa yang kita luahkan itu adalah satu pedoman dan panduan buat insan yang lain.
Bukan apa ,apakah kita yang bolih diketegorikan sebagai gulungan muda patut atau haruskah dan bolihklah memberikan secebis nasihat atau pandangan terhadap insan yang lebeh tua dari kita diatas sebarang kesilapan yang dilakukannya yang kita rasa kurang sesuai dan kurang manis di segi waktu dan ketika ianya dilakukan,yelah kita tidak mahu dek kerana teguran ikhlas kita ini disalah ertikan ataupun tercetus satu perbalahan,memang susah untuk difikirkan,tapi perasaan ingin memperbetulkan tentang kesilapan yang berlaku sungguh menebal dihati.
Begini,kita yang sepatutnya dalam keadaan yang memerlukan kita lebih bersujud kehadrat illahi
memohon semoga tuhan memberi keampunan dan memberi segala rahmat kebaikan dialam barzah buat salah seorang ahli keluarga kita yang dalam keadaan cukup nazak dengan bacaan ayat ayat suci alquran dan disaat ini juga umpama tauladan dan sempadan buat kita,tapi insan yang tidak dapat menghayati akan keadaan ini sama sekali terlupa akan apa yang harus di lakukan disaat itu dengan bersembang hal dunia dihadapan ahli keluarga yang sedang nazak dengan cerita wang ringgit,kehebatan orang lain yang disanjung hebat kaya raya,bercerita tentang orang lain semuanya tidak betul dan salah belaka di mata kita,berapa banyak tanah dah diberikan kepada cucu yang tertentu. Seolah olah tiada siapa yang mampu menegur diatas segala kealpaan ini untuk sekian lama,sungguh amat menyedihkan hal ini terjadi,namun kita harus mencuba untuk memperbetulkan semua ini,semoga allah akan memberikan kekuatan dan panduan dan keredhaannya jua.

Friday, August 14, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Salam sejahtera untuk semua,sekian lama tanpa sebarang berita kini tiba Ramadhan yang dinantikan kita semua.Maka ditika inilah rezeki melimpah untuk kita yang rajin dan jujur mencari rezeki dibulan yang mulia ini dengan jualan berbagai juadah berbuka.Saban tahun bulan ramadhan jualah tempat kita menikmati berbagai juadah yang tidak pernah kita lihat dan rasai akan mudah kita dapati,namun disini juga harap harap para peniaga janganlah mengambil kesempatan untuk berniaga sambil lewa asalkan dapat untung saja tanpa memikirkan tentang apa yang kita jual.Kadangkala ada juga para peniaga pasar Ramadhan ni yang menjual barang lebihan semalam ataupun rasa bahan makanan yang dijual itu entah kemana,fahamilah pembeli
ingin membeli makanan yang dapat memenuhi selera untuk berbuka nanti,kalau dah main jual
tanpa mutu tu buat apa berbanding dengan harga yang sudah tentunya lebih dari hari biasa.
Fikir firkirkan lah bersama semoga kita sama sama mendapat berkat Ramadhan yang mana penjual mendapat rezeki yang lebih dan halal dan pemberi dapat membantu penjual menambah rezeki di bulan Ramadhan,insyaallah.

Friday, March 6, 2009

Diwaktu ini terpanggil untuk saya membicarakan tentang sikap kita sebagai ibu bapa yang nampaknya
masih dengan sikap kita yang lama dan dengan alasan tak apa,tak apa sebelum terkena kalau dah terkena apa nak kata ! Sikap yang saya maksudkan adalah tentang kalalaian kita sendiri dimana pada pagi ini kisah
ini berlaku didepan mata saya sewaktu berurusan di mesin ATM,si bapa meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil dan seorang bayi yang masih kecil berbaring dikerusi belakang sambil sibapa sedang sibuk berurusan dengan mesin ATM.Salah seorang anak sedang berangan memulas stering kereta,sewaktu itu enjin kereta sedang dihidupkan,cubalah kita bayangkan kalau kalau anak itu seorang anak yang hebat dan tahu yang mana satu alat yang membolehkan kereta itu bergerak,ataupun sekiranya saya yang menyedari akan hal ini mengambil peluang untuk saya meculik anak dan kereta tersebut,apa akan terjadi,yang mendapat musibah adalah anak anak kita yang masih kecil itu,kesihanilah mereka diatas sikap kita yang tidak memikirkan sebelum melakukan sesuatu yang bodoh ini,barulah kita sedar akan kesalahan yang telah kita lakukan dan yang kena tempiasnya pihak polis yang terpaksa bersusah payah untuk mandapatkan semula anak kita,itupun kalau masih dapat ditemui,maafkan diatas coretan saya kali ini.Saya sememangnya sama sekali tidak menyenangi dan tidak dapat menerima walau apa pun alasan ibi bapa yang bersikap sedemikian.Ingatlah kita ibu bapa semua walaupun bagi segelintir ibu bapa masaalah ini masaalah "kecil dan masaalah saya dan kamu jangan masuk campur" tapi saya merasakan tanggungjawab saya untuk ambil tahu dan cuba memberitahu kepada ibu bapa semua termasuk diri saya sendiri.Sama samalah kita didik diri kita sebelum kita mendidik anak anak kita

Saturday, February 14, 2009

Ipoh tetap Ipoh

Ipoh walaupun kini bolih dikatakan dalam keadaan yang panas,tapi bagi kami disini tiada apa yang harus dirisaukan,mungkin mereka yang ada kepentingan dengan apa yang sedang bergolak di Ipoh sekarang ini mungkinlah terasa bahang keraguan.Bagi sahabat yang berada diluar Negeri Perak ini jangan lah risau untuk berkunjung ke Ipoh ini seandainya tujuan ikhlas dalam ziarahan ke Ipoh.Diharap warga Ipoh sendiri tidak akan menonjolkan sikap yang kurang baik terhadap tetamu luar yang berkunjung ke negeri kita walaupun kita berlainan fahaman politik,sebabnya politik dan adab budi bahasa kita sesama insan adalah dua lapangan yang berbeza,insyaallah dengan budi bahasa kita yang halus dengan senyuman terhadap tetamu kita dan orang yang sekeliling kita pasti
berita panas yang kini sedang hangat diperkatakan akan sejuk dengan sendirinya.Ipoh tetap Ipoh dengan penduduknya yang ramah tamah dan senyuman menyambut tetamu bertandang.

Wednesday, January 28, 2009

etika

Salam sejahtera untuk semua,ini cuma satu renungan untuk kita semua terutama kita yang masih lagi
"memerlukan " pekerjaan /jawatan dan amanah yang kita harus laksanakan ketika ini.
Ini kisah prilaku sahabat kita yang dipanggil posmen yang mana tugas ini adalah satu tugas yang saya anggap
amat mulia kerana kita diberikan satu tugas yang memerlukan keikhlasan dan amanah,bukan semua orang
dianugerahkan tugas sebegini,kerana setelah tugas yang penuh amanah ini kita laksanakan sudah pasti
kita merasa kepuasan kerana ada antara penerima amanah yang kita sampaikan ini memanjangkan syukur
kehadrat illahi dan terima kasihnya kepada siposmen/penghantar.
Tapi pada hari ini satu insiden yang tak sepatutnya berlaku di kawasan Sg.Tapah,Manjoi,dimana surat untuk
tuan rumah cuma di letakkan diatas bonet kereta tetamu tuan rumah tersebut ,tapi tuhan itu maha adil dimana
sewaktu tetamu ingin meninggalkan rumah tersebut terlihat ada surat di atas bonet kereta beliau,andaikan
tiada siapa yang menyedari akan adanya surat diatas bonet kereta tersebut dan surat itu terjatuh di tempat
lain apa akan terjadi.
Sebenarnya inilah realiti yang dihadapi olih orang ramai tentang kerenah sang posmen yang tiada ETIKA KERJA yang ikhlas dan sikap tak apa,sebabnya tiada bukti kukuh untuk kita mengadu akan hal ini olih
kerana buktinya cuma sewaktu surat diterima itulah keadaan nya dan kita cuma bolih beri bukti dalam arti
'bercerita ".

Harap harap tuan tuan posmen yang terpilih untuk jawatan yang mulia ini dapat melaksanakan nya dengan
jujur dan ikhlas,insyallah ganjaran menanti kita semua.

Renung renungkan lah etika dalam kehidupan seharian kita.

Tuesday, January 27, 2009

kehidupan

Kita seronok kalau bercerita hidup di kampong dengan suasana yang aman damai dan pertalian silaturrahim antara kita semua.Keluhan ini bukan apa tapi cuma satu luahan rasa ataupun lebih tepat lagi kalau saya katakan arti kemesraan antara sesama kita.Kisah berkisar semalam dimana saya sekeluarga bersarapan di warong sahabat kita yang berbangsa melayu dan berugama islam.Sewaktu itu tak ramai sangat pelanggan lebih kurang 10 orang kut.Tuan kedai cukup prihatin kerana setelah kami duduk dia menyuruh seorang pekerjanya untuk bertanyakan hajat kami,alhamdulillah layanan yang cukup baik dengan tuan gerai yang cukup prihatin,tapi sewaktu salah seorang pekerja perempuan yang menghantarkan minuman kepada kami empat minuman yang kami pesan cuma diletakan didepan salah seorang anak kami tanpa sepatah cakap ataupun pertanyaan adakah yang dihantar itu minuman yang kami pesan,dan terus pergi,dalam artikata lain pandai pandailah kami ambil sendiri.Pada saya ini adalah salah satu sikap yang tak sepatutnya berlaku.Tak lama kemudian sampai pula makanan yang kami pesan,kisah yang sama berlaku dimana empat jenis makanan yang kami pesan dilonggokkan didepan salah seorang anak saya tanpa sebarang pertanyaan dan terus pergi. Dengan "seronok" melihat telatah umat yang sebangsa dan seagama dengan saya ,saya pun terus menikmati sarapan pagi kami,disini ingin saya katakan masakan gerai tersebut memang bagus dan memenuhi citarasa kami.Saya bercerita dengan isteri saya,cuma satu kurangnya gerai tersebut dimana hilangnya budi bahasa orang kita tidak seperti budi bahasa mamak mamak yang mengusahakan restoran dimana lembutnya budi bahasa mereka,apakah orang kita yang ingin membuka gerai makan harus belajar dari pak mamak dalam soal melayan pelanggan.Gerai yang saya maksudkan ini cuma dalam sungai tapah saja dalam komuniti orang melayu kita.Harap harap semoga pekerja ini akan berubah dan semoga tuan gerai tak hilang pelanggan dek kerana sikap pekerja yang kekurangan sedikit budi bahasa ini,kerana kalau tambah budi bahasa tu sikit rasanya tuan gerai akan mendapat lebih ramai pelanggan.
"Renung renungkan lah kita semua,ini semua cuma luahan saya tentang kehidupan seharian saya di manjoi ini,wasallam."