Bersama lagi kita dalam kisah remaja yang dibawah umur yang ingin berkahwin dengan pemuda yang masih hingusan yang berusia 19 tahun yang seakan akan tidak dapat ditahan lagi kemahuan mereka ini.Tapi yang menghairankan kita adalah sikap keluarga pemuda tersebut yang beria-ia untuk mendapatkan menantu segera,Dalam hal ini saya sendiri dan pasti diantara pengikut blog saya juga berfikiran seperti saya dimana ada sesuatu yang tidak kena dalam hal mereka ini,jelas sejak kebelakangan ini lapuran yang kita baca didada akhbar tepat sekali dengan apa yang kita bayangkan dimana sigadis setelah dibawa berubat olih ahli keluarga mengakui seakan tidak tahu dan tidak menyedari apa yang telah dilakukannya sebelum ini,sesuatu yang tidan mengejutkan kita semua.Namun kita amat bersimpati diatas apa yang dialami olih gadis ini seandainya benar apa yang berlaku sebelum ini bukanlah kehendaknya sehingga sanggup sampai ketahap yang dianggap menderhaka terhadap ibu bapa dan kaum keluarga yang lain dek inginkan berkahwin dengan seorang pemuda hingusan 19tahun ini.kini pemuda tersebut bakal dihadapkan diatas tuduhan merogol dan menyimpan kad pengenalan gadis tersebut,seandainya pihak lelaki ingin menunjukan yang dia bertanggungjawab dia atas apa yang dilakukannya,keluarga lelaki harus menyelesaikannya dengan lebih berhemah dan lebih bertanggung jawab bukan dengan mengada-adakan cerita kon sigadis sendiri yang datang kepangkuan keluarga lelaki dan cara lain sehingga sigadis yang masih mentah ini tidak mengenali siapa diri dia yang sebenar,kasihanilah dia dimana dia seorang pelajar yang pintar sudah pasti dialah harapan keluarga untuk menikmati sedikit kesenangan seandainya sigadis berjaya menjadi seorang yang berjawatan tinggi.Kini harapan hampir punah,namun rezeki masih
ada untuk gadis ini keluar dari ilusi,semoga rahmat tuhan akan bersamanya untuk terus belajar dan tiada lagi ilusi yang menyelubungi beliau semoga dengan kembalinya gadis ini kealam nyata, siibu bakal tersenyum kesyukuran tentang kebesaran kuasa illali,,,insyallah.
Thursday, April 15, 2010
Friday, April 2, 2010
Salam sejahtera,kini bermacam berita pelik telah datang menusuk hati dan perasaan kita saban hari,semuanya berkisarkan kisah kehidupan harian kita,antara yang kita tatap kisah terbaru tentang remaja perempuan yg berusia cuma 15 tahun yg beria-ia ingin berkahwin dengan si lelaki yg berusia 19tahun.Yang bermain diminda saya apakah yg menjadi punca semuanya ini sehinggakan sigadis yg masih mentah ini sanggup bersikap kurang ajar terhadap ibunya,kakaknya dan ahli keluarga yg lain yg cuba menasihati apatah lagi cuba menghalang hasrat perkahwinan mereka ini.Inilah mungkin kita sebagai yg dinamakan manusia kufur dengan rahmat allah dan lupa akan kurniaannya dimana kita sanggup menderhaka dengan keluarga sendiri demi mengikuti nafsu muda,apakah dia lupa anugerah tuhan dengan kepintaran sehingga beliau berjaya memperolehi 5A dalam UPSR yg mana inilah landasan untuknya sebagai permulaan untuk mengubah corak kehidupan keluarga sebagaimana yg diharapkan olih ibunya sendiri yg mengingkannya bagaimana susahnya membesarkan anak gadis yg kurang ajar ini dengan menoreh getah,kini apa yg dia dapat ? bayangkan betapa hancur hati seorang ibu dengan rintihan berharap semoga anak gadisnya menyambung belajar selepas berkahwin nanti.Apakah
ini balasan yg didapatinya,.Begitu juga pihak keluarga lelaki apakah beria-ia sangat nak dapat menantu 5A ini,jangan jangan dapat hantu nanti dan bangga dapat menantu yg derhaka ?apa salahnya mereka semua menasihati akan si gadis ini dulu yg gatal nak kahwin dan bersabar sehingga dah cukup "besar" barulah kahwin ,ini tidak ....hai entahlah,,,harap harap janganlah ini semua terjadi kepada keluarga kita,,...cukup lah saya tak nak cerita lagi,,satu hari pun tak habis,kita sama samalah fikir fikirkan..

Thursday, February 11, 2010
ANTARA KAWAN DAN LAWAN
Berita yang terkini dalam kebanyakan akhbar harian kita adalah termasuk kisah yang benar benar amat menyedihkan dan memilukan.Kisah sang harimau dan sang orang asli,yang mana selama ini kita tahu yang kedua duanya adalah dua makluh berlainan yang tinggal di daerah yang sama dan tahu kehebatan masing masing.Apabila sang orang asli ini telah hampir diratah olih sang harimau yang telah kehabisan kudrat dan cuma menunggu saat untuk menghembuskan nafas terakhirnya,si orang asli yang dikatakan bernama Yok Meneh kononnya sang harimau ini telah cuba membahamnya sewaktu mencari hasil petai,tapi malangya pegawai perhilitan bukannya mudah untuk di gula gula dengan cerita dongeng ini.Dari penerangan Puan Sabrina dimana sang harimau ini telah dijerat dan didera seteruk teruknya dengan bersarangnya lima peluru dibadan,kesan kesan tusukan seluruh angggota badan yang di lembing yang di sapukan dengan getah Ipoh dan entah apalagi yang harus seksaan yang harus ti tanggung olih sang harimau ini.Tidak kah kita kasihan dan pilu seandainya kita ataupun ahli keluarga kita sendiri diperlaku seumpama ini,kalau saya berada ditempat harimau ini sudah pasti akan saya jemput siorang asli ini untuk mati bersama saya tanpa belas kasihan.
Saya tak tahu bagaimana perasaan Puan Sabrina ini sewaktu beliau melihat keadaan harimau ketika itu seandainya dia seorang yang menyanyangi haiwan seperti saya,kerana haiwan juga mempunyai nyawa dan perasaan,kadang kadang haiwan lebih menyanyangi diri tuan dari dirinya sendiri.Bagaimana siorang asli ini dan kuncu kuncunya tidak tahu yang mana baik dan buruk padahal selama ini meraka semua menumpang untuk hidup di persekitaran haiwan ini.
Apakah harus jabatan perhilitan harus melatih seekor sang harimau yang betul betul garang ti penempatan orang asli ini untuk menjaga haiwan yang lain daripada gangguan orang asli ? Si Yong Meneh dan kuncu kuncunya harus dikenakan tindakan yang benar benar setimpal dengan keganasan mereka semua.
Fikir fikir kan lah sendiri terutama pencinta haiwan....

Subscribe to:
Comments (Atom)