Thursday, February 11, 2010

ANTARA KAWAN DAN LAWAN

Berita yang terkini dalam kebanyakan akhbar harian kita adalah termasuk kisah yang benar benar amat menyedihkan dan memilukan.Kisah sang harimau dan sang orang asli,yang mana selama ini kita tahu yang kedua duanya adalah dua makluh berlainan yang tinggal di daerah yang sama dan tahu kehebatan masing masing.Apabila sang orang asli ini telah hampir diratah olih sang harimau yang telah kehabisan kudrat dan cuma menunggu saat untuk menghembuskan nafas terakhirnya,si orang asli yang dikatakan bernama Yok Meneh kononnya sang harimau ini telah cuba membahamnya sewaktu mencari hasil petai,tapi malangya pegawai perhilitan bukannya mudah untuk di gula gula dengan cerita dongeng ini.Dari penerangan Puan Sabrina dimana sang harimau ini telah dijerat dan didera seteruk teruknya dengan bersarangnya lima peluru dibadan,kesan kesan tusukan seluruh angggota badan yang di lembing yang di sapukan dengan getah Ipoh dan entah apalagi yang harus seksaan yang harus ti tanggung olih sang harimau ini.Tidak kah kita kasihan dan pilu seandainya kita ataupun ahli keluarga kita sendiri diperlaku seumpama ini,kalau saya berada ditempat harimau ini sudah pasti akan saya jemput siorang asli ini untuk mati bersama saya tanpa belas kasihan.
Saya tak tahu bagaimana perasaan Puan Sabrina ini sewaktu beliau melihat keadaan harimau ketika itu seandainya dia seorang yang menyanyangi haiwan seperti saya,kerana haiwan juga mempunyai nyawa dan perasaan,kadang kadang haiwan lebih menyanyangi diri tuan dari dirinya sendiri.Bagaimana siorang asli ini dan kuncu kuncunya tidak tahu yang mana baik dan buruk padahal selama ini meraka semua menumpang untuk hidup di persekitaran haiwan ini.

Apakah harus jabatan perhilitan harus melatih seekor sang harimau yang betul betul garang ti penempatan orang asli ini untuk menjaga haiwan yang lain daripada gangguan orang asli ? Si Yong Meneh dan kuncu kuncunya harus dikenakan tindakan yang benar benar setimpal dengan keganasan mereka semua.

Fikir fikir kan lah sendiri terutama pencinta haiwan....